-Coretan bebelan aku, kisah suka duka bersama engkau masa lalu ku,sekarang dan masa hadapanku dan tentunya si dia suamiku dunia akhirat-
Friday, July 29, 2011
HAppy BornDay
Syukur alhamdulilah kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi MU Ya ALLAH. Sedar tak sedar dah 26 tahun, dah besau panjang dah anak mak ngn ayah ni.
Hari ni aku sengaja bangun awal sebabnya nk isi minyak kereta yang tinggal nyawa2 ikan tu tambahan lagi pakaian kerja pun tak bergosok lagi. Semalamnya aku tido awal sebab kepenatan dan badan pun sakit2.Sepanjang malam hujan turun mencurah2.Aku terjaga pukul 5 hujan masih lebat lagi. Syukur hujan rahmat di pagi jumaat.
Minggu ni incik suami kerja malam. So tinggal lah aku keseorangan di rumah.Sedih juga sebab aku ingat lepas kawin dapatlah celebrate besday dengan suami. Incik suami tanya apa yang aku nak utk hadiah besday. Aku pun tak tahu nak jawab. Rasanya aku dah cukup segalanya.Ada family masih ada ibu bapa, adik beradik. Dan ada seorang lelaki bernama suami disisi aku. Anak? tunggu rezeki dari Allah.
Hadiah apa pun aku tak kisah asalkan dari orang yang kita sayang dan org yg penting dlm hidup kita. Even kek besday pun dah cukup. Aku harap incik suami paham dan dapat cari hadiah yang sesuai. Aku harap dia dapat memahami kesukaan dan kegemaran mini dia ni.
Along tengah malam dah msg. Ayah pepagi sampai opis dan col wish besday. Ayah cakap nak balik kg esok.Ermm cadangnya incik suami nak bawak g picnic tapi si isteri nak g shopping. Sebenarnya ingat nak mandi air terjun sambil berbbq tapi... kawan2 ex-s.i.x.t.e.e.n pulak wat bbq kat lorong rumah ceri. Celebrate sekali besday Ceri 30hb dan abuzar 31hb kot.banyak pulak planning. Mana satu nak wat ni.tapi yang pastinya tiap2 tahun mesti lik kg celebrate ngn family.balik kg kot.. lagipun tekak terasa nk makan ketam.Gara2 along Hazira lah ni sebut2 ketam kat status Facebook dia.
Tak lupa juga nak ucap "HAppy BIRTHDAY" untuk semua rakan2 yang menyambut besday pada hari ini. Terutamanya Wanie kawan aku masa sekolah teknik, Kak Suzana dan En Anuar senior di Finance SSO. Semoga hari ini lebih baik dari hari sebelum2nya. Semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.
**Thank you untuk semua rakan2 yang wish birthday hari ini**
Labels:
Emosi,
Hubby n Honey







