Monday, July 25, 2011

Cameron we come again.


Bila cakap nak g cameron jer semua kawan2 aku kata aku suke yea tempat tu. Tah ler sebenarnya baru je g masa reunion dak2 UiTM bulan 1 haritu. Tapi rasa cam tak puas sebab masa datang tu musim hujan. Kebetulan kawan2 x-s.i.x.t.e.e.n 92-97 nak g sebelum bulan Ramadhan menjelma, aku dengan incik suami pun setuju lah nak ikut.

16-17 June tu planning nyer cam tak ramai jer. Aku dan incik suami, Khalil dan Ayu, Gayo ngn Zume jer. Ayu yang cari apartment di Desa Anthurium. Oklah jugak price dalam Rm230. Ada 3 buah bilik. 2 bilik katil Queen. 1 bilik ada 2 katil single. Tilam pun banyak.

Tengah malam nyer tetiba Mohamad Alief dengan tunang nya sampai. Kendian Cerry, Abuzar ngn Hamdan plak sampai. So total 11 orang semuanya instead 6 orang. Oklah lagi ramai lagi meriah. Dorang ni pun otak gegila.


Ceria sungguh kanak2 ribena nih



Lokasi penginapan kami "Apartment Anthurium"





Nubies baru blaja amik gambar.


Lepas check out g sarapan dulu (sarapan kul 11 pagi mmg pandai budak2 ni)kemudian meneruskan perjalanan ke MARDI. Dekat jer ngn Chalet TM yang kami duduk sebelum ni. Apa daa

Today kami pakai biru :)



Kedai mapley yang tak leh blah. Roti Bakar sapu sendiri


Cuaca terik dan tak berapa sejuk mungkin sbb lemak dah tebal kot?? (opps)

Masuk MARDI kena bayar RM3 per person



Macam2 ada di MARDI ni. Strawberi, Bunga, Pokok, Kaktus, Kedai Sovenior. Tak caya??? tengok gambar nih













Jom berbuai



Lepas itu meneruskan perjalanan ke... Raju Strawberi Park. Sementara itu kami suami isteri pergi menyopping cari soveniour like bear or bantal. Bantal stoberi haritu beli dirembat oleh adik.




Limau jari.. Pelik kan. Org kedai tu kata utk ubat penyakit

Selepas penat mendaki bukit untuk ke Raju Farm, kami makan ini..

Eskem Strawberi untuk kamu dan Stoberi milk shake untuk saya


Paling suke makan brokoli goreng. Cendawan pun sedap tapi dah biasa.Hihihi Paling best saya dah tahu camne nak goreng brokoli sebijik cam kat Cameron. So lepas ni tak payah susah2 nk g Cameron bila teringin nk makan brokoli goreng :)


Malam sabtu tu wajiblah ke pasar malam berinchang sbb kat situlah barang dijual harga murah sedikit dari kedai. Or lain dtg cari sovenior. Aku ngn incik suami cari makanan sebab dah lapar. hihihi.. Kat sini banyak gak makanan laut yang digoreng tepung.Aku pun pelik tak susah ke dorang nak dapatkan bekalan makanan laut?? Udang dia pun ada besar2 pergghhhhhh kecur air liur.Layan jelah. Gamabr lain tak sempat tangkap sbb dah kebuluran. member aku beli ketam. Nampak menarik je tapi nak makan rugi.Isi sikt hihihi



Last sekali visit ladang teh. Biasalah sebab itu yang hujung sekali sebelum balik.




Cuaca dah lah terik. Sebabkan mempunyai minat yang mendalam dengan dunia Photo ni sanggup dorang redah panjat bukit teh tu semata2 nak amik gamabr yang cantek. Adoyaii..Aku yang g kali ke2 pun tak sanggup nk panjat. adeh adeh

Camnilah rupa anak tangga kat laluan nak panjat bukit teh tu.Credit to Zume untuk gamabr yang menarik nih.


Sekian sahaja laporan dari Cameron yang tak berapa sejuk ni. hihihi

My Lilypie

Lilypie Pregnancy tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers