Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan tiba lagi


Alhamdulilah bulan yang dinanti tiba dah.. Tahun kedua berpuasa bersama suami. Seronok sebab husband masuk keje lambat so sempat berbuka bersama-sama.

Masa bulan ni jugalah banyak giler gerai dan bazaar tumbuh cam cendawan. Perkara yg aku belajar dari puasa lepas, jangan membeli ikut hawa nafsu (semua nampak sedap). Tahun ni aku dan suami nak berjimat cermat sikit. lagipun bagus utk aku yang tgh on diet ni. Aku pun tak pening pala nk pikir sahur nk makan ape. Aku just minum air shake jer time sahur (harap2 boleh kurang bp kilo lagi) tapi tulah masa raya nanti pun nk kena control makan kalau tak sesia je berpuasa.

Nak share lah masa aku buka FB harini.. memula pagi tadi aku dah terpandang n terbaca post kawan aku ni tak puas ati dengan sapa tah. memaki hamun dekat status nya. Aku malas nk komen pape. Lunch hour tadi pulak sorang laki memaki hamun + carut marut segala bagai kat kawan dia. Adoyai kenapa lah gitu. Bulan baik ni kita berpuasa semua nak kena jaga juga. Telinga,Mulut,Anggota badan semua nk kena berpuasa. Kalau tak sesia je puasa kita hari ni.

Aku pun bukan lah perfect sangat tapi teringat pesanan GM aku Haji Radzuan "Jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang terakhir". Tahun ni aku berazam nk pergi solat terawih tapi aku boleh pergi pun hari jumaat dan sabtu je. hihihi . Aku kan travel jauh so aku nk kena tido awal. Nanti nk bangun sahur lagi. Kang tak pasal2 migrain plak.


Selamat berpuasa Kawan2



laymark.com
Azam tahun ni nak dapatkan puasa penuh memandangkan kitaran period asik tak menentu je..

No comments:

My Lilypie

Lilypie Pregnancy tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers