Wednesday, September 21, 2011

Eidulfitri 1-2 Sept@Kedah

2nd raya bergerak pulang ke Kedah.Tapi sebelum balik Kuala Nerang singgah bukit beruntung dulu. Kenapa? sebab hantar barang+baju2 yang dah guna masa kat Melaka.Pastu amik beg lain pulak utk ke Kedah.hahaha
Kalau nak terus gerak nanti barang byk nak bawak + kuih raya utk mak mertua hancur plak kang ke hulu ke hilir.

Sampai kedah pun kul 11.30 mlm. Jalan ok tak sesak cuma gerak dari KL pun dah lewat petang.Raya ketiga esoknya family incik suami ajak g Perlis beraya rumah abang ipar.Rumah abg ipar ni dekat ngn padang besar sambil2 ler.. :)


Cantek je tengok pemandangan disini. Penuh tanaman jagung.
Dorang ckp filem byk gak shoot kat situ.Antaranya filem Rosyam Nor & Lisdawati berlakon dalam cite "KL Menjerit".Pastu tempat Lan Pet2 bernyanyi dengan Nora Danish dlm filem "Jangan Pandang Belakang Congkak".

Cuaca punyalah terik bahang. Pastu sampai 1 check point, ada sign board SELAMAT DATANG ke CHUPING.
Kawasan ladang tebu TERBESAR +Kawasan TERPANAS di Malaysia patot lah pun.


Lalu jugak kat UniMap Perlis. Tapi belum buka lagi. Tengok dari atas, panas je sbb tak da pokok.


Abang ipar ni duduk Felda Rimba.Tapi cam best je. Kawasan rumah lapang, pastu kena hias cantek2 sbb ada pertandingan rumah cantek kat Felda ni.Family Abang E ada kolam ikan sendiri, tananman pokok buah2an sendiri.Memang best je duduk kampung ni.


Sampai2 tengok Abg E ngah mengail ngn anak dia Mamat & Dik ngah. Kami memula tengok je dari luar kolam.


Sekali lagi tengok...



Abg adik pun sama mengail. Bukan tu aje. Ngan pak Mertua sekali turun mengail. Turun tak sampai 5 minit dah dapat hasil.


Tak lama tu adik ipar plak dapat ikan keli. hihihi. Aku duduk tepi snap gambar depa lah.


Dah dapat ikan fresh, bakar pergggh sedap hingga jilat jari kena plak ngn somtam.Somtam tu kerabu mangga tapi orang Siam panggil Somtam. Lepas kekenyangan rehat jap bergerak ke Padang Besar plak.


Kat Padang Besaq tak shoping apa pun. Shopping barang kemas je hihihi


Murah2 jer tapi aku tak beli lah. Kazen suami beli gelang kaki rm20 jer. i punya gelang kaki dekat 1k huk huk huk. Emas Korea ni kata orang tak luntur. Ramai gak tengok makcik2 dari KL datang borong byk2.
Tau je pattern emas apa skang ni.
Tapi selamat gak kalau pakai emas korea ni kena ragut tak da putih mata.Peragut yg berputih mata ragut emas tiruan hihihi.
Kat KL pun dah ramai start jual emas korea ni tapi harga bapak mahal.
Bek beli emas betul.

Lepas dah shopping, dah kenyang makan bergerak lik ke Kuala Nerang. Sebelum tu singgah lagi uma makcik pakcik incik suami. Yang lawaknya singgah uma ni petik petai, singgah uma ni petik limau.Cam g kedai plak.

Incik Suami jadi mangsa

Hasil dari mengait petai.


Keesokkan harinya kak Ema & Abg E balik ke KN. Petang tu kak ajak g jalan2 kat zoo Napoh. Tapi tade binatang hidup pun huhuhu dia lebih kepada cam garden ada sikit2 ala2 museum sbb ada byk barang peninggalan sejara zaman dynasty Cina cam basikal, tembikar, batu2an dll.




Nama komersil nya Lye Huat Garden.Masuk RM5 utk dewasa. Kanak2 tak pasti pulak berapa.Kalau hari minggu RM10 nasib bek masa datang tu kena murah.


Tengok lah anak ngn pak menakan ni sama jer. Yang anak tu tak pe gak kecik lagi.Haishhhh laki sapa lah ni



Ni lah kakak ipar dan Suaminya Abg E. Kak Ema ni tgh pregnant anak ketiga. Harap2 baby girl lah dah dapat 2 hero.


Tengok muka cam adik beradik kan. Padahal laki kakaknya. Masa majlis kat Melaka abg E ada datang. Kawan2 sedara suma ingat abg E tu adik incik suami.hihihi


Ni pula kak, adik2 dan anak buah incik suami.


Lepas tu pergi pula ke Tasik Darul Aman. Kat tasik ni boleh berkayak, kayuh bot, bagi ikan makan dan naik buggy pusing taman.
Ingatnya nak sewa buggy round sampai hujung sana. Yang bestnya buggy ni kita sewa RM 15 jer pastu leh drive sendiri. Tapi tak da rezeki sebabnya buggy penuh lepas tu ramai lagi yang menunggu.



Ada juga jual dedak utk bagi ikan makan. Kami tak beli pun. Ikan kat tasik tu mesti gemuk2 bila baling dedak je perghh banyak sungguh ikan.


Hari pun dah petang nak ke malam. Lepas cuci2 mata kami pun berangkat utk pulang. Sebelum pulang mau isi perut dulu.


Sekian sahaja laporan Hari raya Aidilfitri bagi tahun 2011, 1432 masehi

No comments:

My Lilypie

Lilypie Pregnancy tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers