Hari Isnin hari tu ada sorang kawan aku ne mcj mintak aku jadi pengapit dia. Aku Ok jer.Cuma berdebar sikit lah sebab tak penah lagi jadi pengapit orang neh.Tapi... masalahnya date wedding dia selepas dua minggu wedding sebelah pihak lelaki. Memula aku cam ok jer.. tapi orang ada cakap kita beru kahwin takutlah ada hal nak jumpa sanak saudara ke apa ke. Mana lah tau kan.
So aku tak boleh nak kasi kata putus lagi.. Aku suruh dia tanya dulu pada kawan2 office kami yang single ni. Tapi jawab dia.. Orang single ne banyak cerita nyer. (aku pelik lah gak dgr jawapannya)
Rupa-rupanya ada cerita di sebalik katanya tu. Dia penah minta kawan yang single jadi pengapit tapi alasan anak dara ne.. "Tak boleh jadi pengapit sbb mak tak kasi sbb nanti kawen tak da seri" Aku ingatkan dah tak da dah alasan2 camne, rupanya masih ada juga yang percaya.
Percaya atau tak.. aku susah nak cakap sebab tak penah lagi dengar kawan2 aku berkata sedemikian. Cuma ada la sorang kawan sekola teknik aku pesan," jgn jadi pengapit nanti lambat terima jodoh" Contoh cam kakak dia. kawen lambat dari kawan2 nya. Tapi kan.. bagi aku jodoh cepat atau tak itu semua di tangan Allah, Bukan kita yang tentukan.
Aku ada terbaca post dari sorang blogger pasal wedding ne. Nama dia Xora.Tulisan Xora pun menarik dan senang di fahami dan banyak tip2 berguna juga.
http://diaterimanikahnya.blogspot.com/2009/06/pengapit.html
Dalam topik ni ada di ceritakan peranan seorang pengapit majlis. Ini adalah pendapat Xora sendiri sepanjang majlis persandingan beliau.
1. Baju pengapit
Sama sekali tidak la boleh over daripada pengantin. Dalam erti kata lain, sebolehnya warna dipilih, jangan lebih terang daripada pengantin (semoleknya biarlah selari dengan tema majlis) atau lebih serabut (berlebih-lebihan dalam bab manik, renda, kain menjela, fashion vogue) daripada pengantin. Kalau nak yang macam tu, tunggu turn kamu kawen ye. Ini bukan aje untuk mengelakkan dari orang ingat kamu pengantin, tapi juga untuk memudahkan pergerakan kamu. Pengapit perlu sentiasa bergerak cergas jadi aksesori berlebihan adalah tidak digalakkan. Kalau pengantin takut kena over shadow, baik kamu sendiri yang pilihkan kain dan fashion pengapit kamu sendiri. Tapi agak-agak la, kalau kamu nk kain yang cantik, tapi budget pengapit kamu tak mampu, jangan la paksa dia beli. Seeloknya, beli la kain yang dia mampu dan kamu puas hati. Tiada konflik di kemudian hari.
Aku setuju juga dengan pendapat Xora. Ada kawan2 aku jadi pengapit orang kena cari kain baju sendiri untuk sesuaikan dengan tema majlis nanti. Aku awal2 dah cakap dengan incik tunang. Aku nak belikan kain untuk pengapit aku. Sbb bagi aku, aku dah mintak tolong mereka untuk jadi pengapit mestilah aku nak balas jasa mereka kerana sudi menolong aku.At least aku tak membebankan mereka lagi nak keluar duit untuk membeli kain dan menempah baju semata2 utk suit kan ke dlm majlis aku.
Ada juga sorang kawan aku yang dipilih untuk menjadi pengapit dapat kain jenis lace dari pengantin perempuan. Aku senyum sahajalah dengar cerita tu. Mungkin pihak pengantin di kalangan orang berada. Boleh kasi kain lace utk pengapit. Kalau aku jadi pengapit dia pun aku suka. Yelah kain lace kan mahal dan cantek. Tapi bagi aku, Itu majlis aku of coz lah aku nak jadi bintang hari tu. bukan nyer pengapit yang jadi perhatian kan..
Aku tak tau ape yang pihak pengantin perempuan tu fikir. Mungkin itu cara dia nak berterima kasih pada kawannya kerana sudi jadi pengapit dia atau dia nak tunjuk bahawa dia mampu beri yang mahal2 ataupun... (walahualam)
2. Size does matter!
Percaya lah. macam mana lelaki mementingkan size, kamu juga harus mementingkan size! maksud saiz di sini adalah berkenaan fizikal pengapit kamu, iaitu ketinggian dan kelebaran beliau. Kalau pengantin kecik molek, seeloknya jangan pilih pengapit yang besar dan tinggi dari kamu, atas dua sebab; kamu akan tenggelam daripada pengapit; dan kepada pengapit tu sendiri, dia juga takmo la kelihatan besar cam gergasi berbanding pengantin yang kecik molek disebelah tu. Pengapit akan berada di sebelah pengantin sepanjang majlis, iaitu kira-kira 4-5 jam, jadi tak perlu jadikan jam-jam tersebut menyiksakan buat kalian berdua. Kalau kamu pulak besar dan tinggi, jangan pilih pengapit yang kelihatan macam budak sekolah rendah yang belum akil baligh. Sudah pasti kamu tak mo kelihatan macam gergasi disebelah pengapit kamu. Seeloknya, pilih la lebih kurang tinggi dan besar seperti kamu. Kalau pengapit kamu kurus tetapi lebih tinggi dari kamu, mungkin bukan masalah kerana pengantin biasanya akan memakai kasut tumit sekurang-kurangnye 2 inci (menambah ketinggian 5cm disitu) dan tiara di kepala (menambah sekurang-kurangnya 1-2cm), jadi kamu selamat disitu.
Yang ne..ermm camner yea. Bakal pengapit aku tu kurus dan tinggi. Halamak.. Incik tunang mmglah dah solid molid. Aku??? Aku mestilah kena nampak cantek hari bersejarah itu.Diet.. Diet Mashita!!
3. Bukan sekadar di pinggiran
a. Tugas pengapit bukan untuk kelihatan cantik dan tersipu-sipu sambil mengipas pengantin. Dari mula pengapit dipilih oleh pengantin, pastikan pada sepanjang majlis berlangsung, kamu berhampiran dengan pengantin. Tak kira dari majlis pernikahan hingga sanding. Pengantin adalah raja sehari, dan pengapit adalah dayang yang bertugas. Ketika majlis pernikahan, pastikan kamu yang memegang IC pengantin. Supaya bila tok kadi minta IC, takkan nak harapkan pengantin yang terhegeh-hegeh bagi. seeloknya duduk bersebelahan dengan pengantin, supaya dia ada teman untuk pegang tangan, teman untuk lapkan peluh, teman tolong bagi dia air mineral bila pengantin haus.
b. Bila sesi 'renjis-renjis dipilis', seelok di tangan, siapkan dengan tisu untuk membersihkan tangan pengantin supaya mudah untuk pengantin bersalam dengan tetamu. Tugas sampingan pengapit adalah melayan pengantin berborak di atas pelamin. Adalah lebih tidak manis bagi pengantin untuk borak dengan pasangan beliau, maka kehadiran pengapit dapat mengisi masa lapang sementara menunggu Mak Su yang Missing in Action, atau Pak Teh yang sedang dalam percubaan mencuba lauk pengantin mahupun Achik yang seronok berkaraoke, untuk naik ke pelamin menepung tawar. Bukan sesi gossip girls di atas pelamin, tapi cukup la berkata " sapa yang ko nampak datang", "cuaca panas la", "aku lapar giler nak pengsan" .. sekadar berbual kosong.
c. Oh pada majlis makan beradap, biasanya pengapit akan duduk bersebelahan dengan pengantin. Jangan ingat korang duduk sekadar dah penuhkan meja, tapi tugas korang adalah untuk mengambilkan lauk untuk pengantin. Kena faham, dengan pakaian pengantin lengan lebar boleh masuk kepala, maka takut terkena kuah. Maka tugasan korang untuk mengambil lauk bagi mempelai. Kalau tempat duduk pengapit tidak disediakan saing dengan meja pengantin, tak apa. pastikan korang amikkan lauk untuk pengantin, then korang boleh duduk bersama-sama tetamu. Kecuali memang dah ada pelayan untuk pengantin, maka korang boleh terus duduk sekali untuk makan.
d. Biasanya selepas majlis makan beradap, pengantin akan bertemu dengan tetamu yang hadir. Tugas seterusnya yang menanti adalah untuk menjadi photographer terjun. Tetamu yang datang sudah pasti nak amik gambar dengan pengantin, jadi kamu kena secara automatik, tawarkan untuk amikkan gambar kenangan tersebut. Lagi cepat keadaan dikawal, pengantin boleh beransur kepada tetamu yang lain. Pastikan bawa air mineral bersama kamu takut pengantin haus.
e. Kamu kena perhatikan pengantin sentiasa kelihatan cantik. Pastikan lipstik beliau tak kena gigi, pastikan takde cili kat celahan gigi pengantin, tiara terletak molek diatas kepalanya, pendek kata serba serbi tentang penampilan pengantin, kamu kena amik tau dan amik berat.
Jangan kata tugasan pengapit di atas tu pelik. Zaman dulu lagi mencabar. Pengapit (terutama belah lelaki) tugasnya adalah memberikan bayaran tol kepada keluarga belah perempuan--dan adat ini masih diteruskan sebab abang saya dulu pun kena.
Fuhhhhh... penting juga tugas pengapit kan.Cik Shira penah cakap antara sebab dia mintak aku jadi pengapitnya sebab dia rasa kami serasi. Ayat ne wat aku rasa terharu sangat.Pengapit memainkan peranan besar tau. Kalau tak serasi tak seronok gak. Pengantin wat hal lain, pengapit wat hal lain. Aku








1 comment:
oohoiii..terharu lak dengo..sob*sob*sob*
Post a Comment